Commercial Break

Wednesday, September 30, 2015

Travelog Turki

Entri ini bersambung daripada entri Pengalaman bersamaTurkish Airlines.




Entri-entri selepas ini, ialah mengenai pengalaman dan tips-tips melancong ke Turki.

Istanbul, aku datang. 

Turki adalah antara negara yang saya rasa amat seronok semasa melancong di sini. Banyak sebab yang tak dapat nak dihuraikan satu persatu melalui mata pena. Namun yang pasti  bukan saya seorang sahaja yang merasakan demikian.

Pengalaman di lapangan terbang Ataturk, begitu panjang sekali barisan pelawat-pelawat luar negara yang berbilang bangsa yang beratur mahu melalui imegresen Turki. Namun, barisan manusia yang panjang tidak menghalang kecekapan pegawai imegresen Turki menjalankan tugas, jadi masa menunggu tidak terlalu lama dengan barisan yang sentiasa bergerak laju ke hadapan. Sampai giliran kami, tunjuk passport, senyum dan lepas. Sebagai pemegang passport Malaysia,kita dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang Turki. Tidak perlu apply visa awal.




Atmosfera mesra pelancong di lapangan terbang Ataturk Istanbul amat menenangkan. Airport yang teratur. Signboard yang mudah di fahami di dalam Bahasa English terdapat di mana-mana dan amat membantu.


Tips di airport Istanbul, Turki.

1) Perkara pertama yang kami lakukan selepas mengambil bagasi ialah mengeluarkan duit Turkish Lira (TL) melalui deretan mesin ATM yang terdapat di Ataturk Airport. Kami tidak bawa banyak duit lira dari Malaysia kerana kadar tukaran mata wang MYR – Lira di money changer (pengurup wang berlesen) adalah lebih mahal berbanding dengan mengeluarkannya terus daripada mesin ATM di Turki sendiri. Kita akan dapat kadar sebenar melalui pengeluaran duit secara terus daripada mesin ATM dengan hanya sedikit caj bank (RM 12-RM 15) untuk sekali pengeluaran, bergantung kepada jenis bank. Jadi jika mahu guna cara ini, pastikan duit yang di keluarkan cukup banyak mengikut kegunaan, supaya kita tidak di kenakan caj berkali-kali.

Duit boleh dikeluarkan daripada mana-mana ATM Machine yang ada logo PLUS / Cirrus /Mastercard.

Sebelum ke luar negara, jangan lupa maklumkan kepada bank terbabit agar kad ATM di aktifkan untuk fungsi pengeluaran di luar negara.


2)Berpandukan sighboard di Airport, kami berjalan menuju ke stesen Metro Ataturk Havalimani yang terdapat di dalam bangunan airport.

3) Di kawasan laluan berhadapan Metro ada terdapat beberapa shopping cart & kiosk. Ada juga sebuah Airport Market (bukan kiosk) yang terdapat di situ. Harga barangan runcit seperti makanan, roti dan minuman yang di jual di sini adalah berpatutan. Kami telah membeli roti dan air kotak di sini dengan tujuan untuk mendapatkan duit syiling dan matawang yang lebih kecil, yang akan di gunakan untuk membeli token Metro. Token ini diperlukan untuk menaiki mana-mana tramvay/Metro di Istanbul.





4) Token metro (Jeton) di beli melalui mesin yang dinamakan Jetonmatik. Setiap Jeton berharga TL 4   untuk sekali naik yang boleh di gunakan untuk turun di mana-mana stesen Metro/tram di Istanbul tanpa mengira jarak. Untuk yang banyak menggunakan metro sepanjang berada di Istanbul, adalah di sarankan untuk terus membeli Istanbulkart. Istanbulkart ini ialah kad pintar yang sama fungsinya seperti Touch N Go, boleh reload dan guna selagi ada baki. Kita boleh jimat banyak jika mengggunakan Istanbulkart ini kerana untuk sekali naik, harganya hanyalah TL 3 sahaja berbanding tanpa Istanbulkart. Oleh kerana pada ketika itu kami bersegera mahu ke Otogar maka kami menangguhkan dahulu pembelian Istanbulkart.




Setelah semua urusan selesai, kami meneruskan perjalanan melalui Metro ke stesen Otogar untuk pembelian tiket bas long distance ke Cappadocia dahulu sebelum berjalan-jalan di sekitar Istanbul.

3 comments:

  1. Salam..klu keluarkan di ATM Turki berapa exchange rate utk 1 lira?

    ReplyDelete
  2. Salam..nk tanya ttg exchange rate klu withdraw duit di ATM Istanbul.
    1 Turkish Lira bersamaan berapa RM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...its depends on the current rate (rate semasa) sewaktu duit di keluarkan dari ATM Istanbul. tapi kalau tukar di money enchange di malaysia definitely lagi mahal.

      Delete