Commercial Break

Thursday, June 2, 2016

Itinerari dan Perancangan Percutian Ke Yogyakarta




Kali ini saya akan berkongsi tentang perancangan yang telah di buat untuk menjayakan percutian di Yogyakarta serta kos-kos terlibat. Percutian ini adalah percutian selama 5 hari.


PENGANGKUTAN / TRANSPORTATION

KUL-JOG-KUL = RM250 per pax

Perkara pertama yang perlu ada ialah tiket penerbangan ke Yogjakarta. Mudah sahaja untuk dapatkan tiket ke Yogja dengan harga yang murah, iaitu melalui Air Asia. Malahan,jika kena pada tarikh dan rajin mencari serta sabar menunggu, ada juga tiket dengan harga yang lebih murah dari RM 250!


PENGANGKUTAN DALAM YOGYAKARTA

JUMLAH KOS PENGANGKUTAN DI DALAM YOGJA : RM 130.50 per pax

Di Yogja, saya menggunakan sepenuhnya khidmat supir kerana ia amatlah mudah dan menyenangkan memandangkan jarak yang jauh untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain di Yogja. Hanya pada hari terakhir untuk ke airport dari hotel penginapan, saya menggunakan khidmat hotel memandangkan harganya yang lebih murah.

Supir telah di tempah sejak di tanahair lagi manakala perkhidmatan penghantaran hotel ke airport telah di tempah di hotel.

Untuk perkhidmatan supir, kebiasaannya sekarang ini rata-rata mereka caj dalam IDR 450 ribu-650 ribu satu kereta, jadi jumlah penumpang yang paling ideal untuk satu kereta ialah 4 orang, kerana jumlah itu boleh di kongsi bersama.

Namun begitu, jika lebih ramai pastilah harganya lebih murah daripada ini, dengan kenderaan yang lebih besar.

Untuk ke satu tempat dari satu tempat yang lain di Yogja, pengangkutan bas juga mudah di dapati dengan harga yang berganda lebih murah tapi saya lebih gemar menggunakan khidmat supir memandangkan untuk ke satu attraction ke satu attraction yang lain di Yogja memakan masa sekurang-kurangnya satu jam. Dan lagi, saya membawa tiga warga emas bersama, maka keselesaan mereka sangat saya pentingkan. Kesimpulannya, pilihan supir amat menjimatkan masa dan tenaga. 





PENGINAPAN / ACCOMODATION

JUMLAH KOS PENGINAPAN : RM 149.35 per pax

Di Yogja, saya memilih untuk menginap di dua tempat, iaitu di Kaliurang (pinggir Merapi) dan CondongCatur (25-30 minit ke Malioboro).

Saya tidur satu malam di Kaliurang kerana saya telah memilih Pakej Sunrise Jeep Merapi, di tempah seawal sebulan sebelum trip ke Yogja. Jadi untuk mengelakkan bangun terlalu awal untuk ke Merapi sebelum Subuh, saya memilih untuk menginap selama satu malam di Kaliurang yang terletak berhampiran Merapi. (Pakej Merapi yang saya tempah sangat awesome, jika ada masa saya akan berkongsi di entri akan datang).

1)Wisma HS Kaliurang -  Harga satu bilik untuk dua orang satu malam ialah IDR 175,000 termasuk breakfast. Ini bermaksud, harganya lebih kurang RM 26.00 seorang! Biliknya ok, tidak terlalu besar namun bersesuaian dengan harganya yang murah. Tiada aircond tetapi sewaktu kami sampai di Kaliurang hawa malam sudah cukup sejuk walaupun tanpa aircond dan kipas tidak lansung di buka. Yang paling penting, biliknya kemas dan bersih.

2) Andelis Homestay - Andelis Homestay ialah seperti sebuah hotel yang kecil. Ia hanya mempunyai 8 bilik sahaja. Andelis Homestay tidak terlalu dekat dengan Malioboro (25 min) tetapi lebih dekat dengan airport (15 min). Ia terletak di kawasan perumahan yang sunyi, jadi sangat tenang dan sesuai untuk berehat berbanding jika memilih hotel di Malioboro. Saya memilih untuk tinggal di sini bukan sahaja kerana harganya yang cukup murah (satu bilik untuk dua orang ialah RM 60 satu malam termasuk breakfast!) malah kerana ianya mendapat review yang sangat baik di Tripadvisor dan Agoda. Biliknya sangat selesa dan besar. Sangat memuaskan hati.








TIKET MASUK / ENTRANCE FEES

JUMLAH KOS TIKET MASUK : RM 120 per pax

Untuk rujukan, saya telah masukkan harga tiket masuk di dalam penyata kos di bawah. Jika berkelapangan, saya akan berkongsi keistimewaan setiap tempat di entri kemudian.






MAKANAN

JUMLAH KOS MAKANAN : RM 20 - RM 70 per pax per day.

Kami memang makanan Yogja semata-mata dan tidak lansung membawa makanan dari Malaysia. 

Makanan di Yogja kebanyakannya adalah halal dan bersih. Dan ianya sangat enak, jadi sangat rugi tidak mencuba.

Budget di atas bergantung kepada jenis tempat makan yang di pilih (restoran, warung etc). Jika anda yang suka merasai pelbagai makanan apabila melancong, maka harus budget makan lebih sedikit.





JUMLAH KESELURUHAN PER PAX


JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 650.37 setelah di campurkan jumlah tiket penerbangan perbelanjaan hotel, pengangkutan dan entrance fees.

JUMLAH KOS PER PAX ialah RM 400.37 sekiranya tidak termasuk tiket penerbangan.

Sila tambah jumlah bajet makanan dengan anggaran sendiri mengikut poin yang telah saya nyatakan di atas.

Jumlah ini ialah untuk 5 hari di Yogja

Jangan lupa untuk memperuntukkan sedikit bajet untuk lain-lain perbelanjaan seperti souvenir dan simkad. Seperti yang ramai sedia maklum, shopping di Indonesia bisa buat lupa diri.

Dan akhirnya, rumusan kos pelancongan ke Yogja di atas dapat di simpulkan seperti di dalam rajah di bawah. (Sila klik pada gambar untuk besarkan)





Berikut ialah ringkasan itinerari Yogjakarta selama 5 hari.

Hari Pertama: 1)Tiba di Adisutjipto International Airport, Yogyakarta (11.20 am).
                      2)Supir sudah menunggu di airport.
                      3)Lunch
                      4)Prambanan 
                      5)Melawat kedai perusahaan batik, survey harga dulu.
                      6)Dinner.
                      7)Check-in hotel - Wisma HS Kaliurang.

Hari kedua:  1)Bangun dan bersiap sebelum Subuh untuk Sunrise Jeep Merapi. 
               2)(Pakej Sunrise Jeep Merapi sepatutnya hanya 2 jam tetapi berlarutan sehingga 4 jam tanpa bayaran tambahan dengan servis yang tiptop, memang awesome) 
                 3) Breakfast di Wisma HS Kaliurang
                 4) Bergerak ke Borobodur
                 5) Lunch
                 6) Kalibiru
                 7) Dinner
                 8) Check In Andelis Homestay

Hari ketiga: 1) Breakfast - hotel
                   2)Rafing Cavetubung Goa Pindul
                   3)Pantai TImang
                   4)Lunch lobster di Pantai Timang
                   5)Sunset di Bukit Bintang (dinner)
                   6)Alun-alun Kidul

Hari keempat: 1) Bukit Becici
                       2)Hutan Pinus
                       3)Lunch
                       4)Keraton, Taman Sari
                       5) Malioboro, Hamzah Batik 
                      &  Pasar Beringharjo  (recommended for shopping, very cheap)        

Hari kelima:  1) Kemas barang, breakfast dan pulang ke Malaysia (flight pagi)       

          
                     
Sekiranya anda biasa mengikuti catatan travelog saya di blog, anda akan dapati entri Yogja ini berlainan dibandingkan dengan entri-entri yang lain yang mana kebiasaannya saya berkongsi travelog dahulu baru saya share itinerari dan summary kos percutian.

Ini kerana sudah ramai meminta saya berkongsi itinerari dan kos percutian kerana mereka akan ke Yogja tidak lama lagi. Maka kerana itu terbitlah entri Itinerari ini dahulu.

Harap dapat membantu ramai yang sedang merancang percutian ke Yogyakarta.