Commercial Break

Friday, January 30, 2015

AUCKLAND - Auckland Domain

Auckland Domain merupakan taman rekreasi yang tertua di Auckland.

Ianya luas dan mempunyai banyak fungsi, bukannya hanya terhad kepada kawasan untuk bersantai semata-mata.

Antara tempat yang boleh di lawati di Auckland Domain ini ialah Wintergarderns dan Auckland War Memorial Museum.

Di Auckland Domain kita boleh lihat taman rekreasi yang mempunyai pokok-pook yang unik, tua dan juga kolam itik. Uniknya itik-itik di sini peramah. Maksudnya tidak takut orang. Malah kesemuanya akan datang kearah kita mengharapkan makanan.

Keseluruhan kawasan ini bersih dan cantik. Sekali lagi, masuk ke Auckland Domain dan WIntergardens adalah PERCUMA. Cuma masuk ke Auckland War Memorial Museum kena bayar.

Mudah sahaja nak berkunjung ke sini, sebab sentiasa ada bas yang berhenti di Domain ini dan juga stesen keratapi Grafton yang berhampiran.


Wednesday, January 28, 2015

AUCKLAND - Parnell, Heritage Roses Garden dan Mission Bay

Parnell merupakan salah satu kawasan yang tertua di Auckand. Antara yang menarik di sini ialah Parnell Street. Sekiranya mahu merasai gabungan suasana 'lama' dan 'moden' di Auckland, di sinilah tempatnya kerana di sini kita akan dapat lihat bangunan-bangunan yang memaparkan senibina lama yang masih di jaga rapi. Walaupun lama, masih terselit sedikit arus kemodenan yang di suntik tanpa menjejaskan rupa asalnya.

Cuma, untuk membeli-belah secara sesuka hati, di sini hanya terdapat outlet dan butik-butik mahal. 




Heritage Rose Nancy Steen Garden pula terletak berdekatan Parnell Street.  Istimewanya di sini terdapat pelbagai jenis dan warna ros..ada ros asal NZ, ros yang di bawa dari Europe, rose kacukan, ros gemuk, ros kurus, ros tinggi, ros rendah dan banyak lagi.  Dan yang penting, masuk adalah PERCUMA!!



Mission Bay pula ialah antara kawasan tepi pantai yang terkenal di Auckland. Pantainya cantik dan bersih. Kalau nak singgah makan-makan, di sini banyak pilihan. Dan juga, tempat ini sesuai sangat untuk mereka yang suka aktiviti di tepi pantai. Nak berkelah pun boleh. Mudah sahaja cara nak ke sini, naik bas tepi Central Train Station, 20 minit je dah sampai.




Kesemua tempat-tempat menarik di atas, masuk adalah PERCUMA!! Best betul baca blog ni kali ni kannn..semua tempa percuma je he he he.


Tuesday, January 27, 2015

AUCKLAND - Mount Eden, Cornwall Park & One Tree Hill


Alang-alang dah sampai Auckland, wajib singgah ke Mount Eden kerana inilah puncak yang tertinggi di Auckland.

Kesan tinggalan gunung berapi menyebabkan kawasan sekitar Mount Eden berbukit-bukau, beralun dan mempunyai kawah. Sebenarnya di Auckland terdapat hampir 50 gunung berapi yang tidak lagi aktif dan Mount Eden yang paling terkenal.

Mount Eden terletak hanya 5 km daripada Auckland City Centre. Mudah dan banyak cara untuk sampai ke sini di antaranya ialah dengan menaiki kereta, bas atau pun train. Cuma kalau naik train / bas kenalah rajin berjalan dan kuat hiking. Kalau tak rajin dan takut pancit, sila naik kereta, sebab dengan kereta boleh sampai terus ke atas.
Lereng bukit menghala ke Mount Eden. Statue/tugu tegak itu adalah penunjuk itulah Mount Eden.
Di lereng bukit menghala ke Mount Eden ini banyak sheeps / kambing biri-biri. Rasa macam waaa akhirnya dapat tengok sheeps yang amat banyak kat New Zealand. Kambing biri-biri kat sini amat gemuk.

                            

Untuk ke sini baju sejuk yang tebal jangan di lupa kerana selain daripada cuaca yang sememangnya sejuk, angin galak bertiup membuakan sejuk yang sedia ada bertambah dua kali ganda.

Di puncak Mount Eden bukan sahaja dapat lihat panorama menarik 360 degree tetapi juga dapat lihat kawah gunung berapi yang sangat besar. Kawah ni sekarang telah di tumbuhi rumput hijau dan menjadi padang ragut kambing biri-biri.
Di puncak Mount Eden
Monument / statue / tugu di atas Mount Eden




             
                   
Panorama dari atas puncak
Kawah gunung berapi
Jangan ikut macam diorang ni, berdating kat puncak bukit yang sejuk macam ni, sebab badan diorang dah lali dengan tahap kesejukan kat sini. Walaupun nampak macam best je duduk-duduk kat sini..tapi sejuk sangat...tak tahan duduk lama-lama sebab berangin kuat.
Destinasi seterusnya ialah Cornwall Park dan One Tree Hill (Maungakiekie) yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Haruslah ke Cornwall Park dan One Tree Hill dari Mount Eden sebab ianya hanya 15 minit sahaja perjalanan dengan kereta dan ianya adalah kawah gunung berapi yang besar.

Di sini pun banyak sheeps. Nampak sheeps, sheeps dan sheeps lagi. Kedua-dua kawasan ini juga terkenal sebagai kawasan rekreasi dan banyak aktiviti di adakan di sini. Macam budak-budak sekolah ni, mereka pun baru sahaja tamat aktiviti bersama sekolah.


Cornwall Park pada asalnya ialah milik orang kaya yag bernama Sir John Logan Campbell dan telah di dermakan kepada kerajaan untuk di jadikan sebagai pusat rekreasi. 

Yang bestnya kat sini, kita boleh lihat sejarah Cornwall Park dan rumah asal milik Sir John.






One Tree Hill,selain daripada terkenal kerana kawah gunung berapi, ia juga merupakan lokasi sejarah penting orang Maori dan New Zealanders dan terletak bersebelahan Cornwall Park. 



Dari One Tree Hill, jelas kelihatan statue di atas Mout Eden tadi

Menariknya, masuk ke tempat-tempat ini adalah PERCUMA. Sila masukkan ia ke dalam itinerary New Zealand :-)


Sunday, January 25, 2015

AUCKLAND - Auckland City Centre


Penghujung Spring di Auckland.

Suhu pagi itu 15’. Namun matahari cantik bersinar walaupun tidak panas. Cuaca sejuk dan kadang-kadang berangin menusuk sehingga ke tulang. Sejuk tanpa angin masih boleh tahan lagi. Sejuk yang berangin, menghembus kuat dan membuatkan mana-mana rakyat dari negara Khatulistiwa yang tidak biasa, menggigil-gigil tidak mampu menahan. Haruslah pakai berlapis-lapis.

Auckland tanpa ribut, hujan atau angin yang sangat kencang di penghujung Spring ialah rezeki. Cuaca di Aucland adalah unpredictable.

Saya bertuah kerana di Auckland saya menumpang di apartment seorang kenalan.  Apartment yang terletak di Symonds Street ini terletak betul-betul di kawasan University of Auckland. Yang paling tak tahan dan tak terbayang kerana University of Auckland ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Auckland City Centre. Hanya 5 – 10 minit berjalan kaki sahaja sudah berada di Auckland City Centre. Rasa tak tahan kerana geram dengan currency NZD yang mahal menyebabkan tidak boleh nak shopping dan berbelanja sesuka hati.Rasa tak terbayang bagaimananya nanti lorong-lorong di Auckland memanggil-memanggil untuk di kunjungi  setiap hari. Ianya hanya dengan berjalan kaki pun kan.

Pemandangan awesome dari tempat tinggal saya sepanjang di Auckland
Pasti saya tidak lupakan Albert Park kerana ia adalah destinasi pertama yang saya kunjungi di Auckand, hanya 5 minit berjalan kaki daripada Symonds Street. Ia terletak di antara Wellesley Street East dan Prince Street.

Albert Park ini adalah salah satu taman rekreasi di Auckland. Taman ini cantik, di jaga rapi, ada bunga-bunga, pokok yang besar amat dan juga statue/monuments. Nak jogging boleh, nak berkelah pun boleh. Masuk adalah percuma.






Di Auckland, kata-kata terkenal mengenai New Zealand iaitu yang mengatakan sheep is more than people (Ratio people: sheep = 4.5million: 60million!!) tak boleh nak aplikasi kat sini sebab Aucland ialah bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di New Zealand. Namun, ianya masih tidak sesak seperti bandar-bandar besar di negara-negara yang lain. New Zealand, kadar kepadatan penduduknya adalah antara yang terendah di dunia. Jumlah penduduk Australia ditambah jumlah penduduk New Zealand hampir menyamai jumlah penduduk Malaysia. Amazing sangat rasanya sebab New Zealand dan Australia besar, Malaysia kecil sahaja.

Uniknya, penduduk di Auckland terdiri daripada pelbagai bangsa, termasuklah mereka yang bekerja dan baru berhijrah di sini.

Di Auckland, wajah pelbagai kaum – Asia, Middle East dan tentunya Mat Salleh hampir sama ramai di sini. Ini termasuk kaum Maori, iaitu penduduk paling awal menghuni New Zealand. Senang je nak kenal Maori. Wajah dan warna kulit mereka seperti Melayu, tetapi badan mereka berangka besar dan tinggi.

Rata-rata orang Kiwi (panggilan kepada penduduk yang telah menghuni New Zealand sekian lama terdiri daripada orang Maori, Eropah, dan sedikit bangsa lain) bersikap peramah, senang di dekati dan tidak sombong. Cuma orang Maori yang berperawakan agak sedikit kasar, agak berbeza dengan penduduk Eropah New Zealanders atau kiwi New Zealand yang lembut dan peramah. Orang Maori, mereka asalnya ialah Polynesia Timur, yang paling awal datang ke New Zealand dalam satu siri migrasi sehingga terbinanya budaya mereka sendiri sehinggalah sekarang ini dikenali sebagai Maori.

Selain daripada penduduk asal ini, di Auckland juga ramai yang baru berhijrah samada bekerja atau belajar di sini. Paling ramai ialah wajah-wajah Korea, Jepun dan China.





I Site, segala informasi  mengenai tempat-tempat menarik dan pelancongan boleh di dapati di tempat ini. Melancong dan melawat Auckland memang mudah, tambahan hampir kesemua di sini pandai berbahasa Inggeris. Di I Site, mereka sangat membantu. 




Tambahan pula, setiap lorong-lorong di Auckland terdapat papan tanda seperti ini yang menunjukkan lokasi dan kedudukan semua tempat-tempat utama di sini.



Di penghujung Queen Street, terletaknya Britomart Transport Centre,  ianya merupakan stesen keretapi di Auckland. Ianya menghubungkan semua laluan-laluan keretapi berdekatan. 

Kalau nak cuba naik keretapi, mudah sahaja. Tanya apa sahaja di kaunter informasi yang terdapat di dalam bangunan Britomart ini.






Terdapat perhentian bas betul-betul behadapan dengan bangunan Britomart.


Di hujung persisiran pantai Auckland yang di kenali sebagai Harbour, tidak lengkap kunjungan sekiranya tidak singgah di Wynard Quarter kerana di sini terletaknya tempat tumpuan beriadah, view keindahan bangunan pencakar langit , kapal-kapal berlabuh  dan kafe-kafe santai.  Siren akan berbunyi menandakan jambatan akan di tutup untuk laluan kapal. Sekali lagi, masuk adalah percuma, :-) . 




Jika banyak duit, boleh cuba sewa satu kapal pelayaran yang macam ni, tapi nak ke sini mesti nak kena lalu jambatan ini. 




Selain daripada Wynard Quarter, di persisiran Harbaour ini banyak attractions. Antaranya ialah Ferry Building, bangunan yang cantik dan bersejarah ini.



Di sini juga terletaknya Downtown Terminal. Petang sikit lebih kurang pukul 5.30 petang, kelihatan berderet penduduk yang pergi-balik kerja menaiki ferry sedang beratur untk pulang. Ada yang siap angkut basikal. Penduduk New Zealand, mereka tidak bekerja hingga lewat malam. Pukul 5.30 tepat semuanya akan pulang ke rumah masing-masing. Mereka amat pentingkan kualiti hidup bersama keluarga, jadi satu kemestiaan bos akan halau pekerja sekiranya di dapati masih yang ada bekerja di pejabat lewat 5.30 petang. Bila melancong ke sini, mesti ramai yang rasa macam nak bekerja di sini.

Jadi tidak hairanlah Auckland tidak happening di waktu malam. Kedai-kedai, shopping kompleks, restoran-restoran, bar dan pub ialah segelintir premis sahaja yang masih buka sehingga mungkin pukul 10 malam. Kebanyakannya di tutup menjelang malam.









Selepas pukul 7 petang, jalan-jalan di Auckland mulai lengang. Namun pada masa Spring dan summer, sangat beruntung berada di New Zealand kerana waktu siangnya sangat panjang. Pukul 8, hari masih tidak gelap.

Jika tahan sejuk yang mencengkam, anda boleh pilih bersiar-siar di Auckland daripada lewat petang sehingga ke malam.