Commercial Break

Friday, October 9, 2015

Uchisar



Telah saya ceritakan tentang pengalaman menginap di dalam bilik berkonsepkan gua di hotel yang kami inapi di Cappadocia >>>>> Uchisar Cave Pension

Di entri ini saya ingin berkongsi mengapa kami memilih Uchisar sebagai lokasi tempat tinggal di Cappadocia.

Kami telah menginap di Uchisar selama 3 malam.

Uchisar ialah lokasi yang tertinggi di Goreme. Panorama indah di Uchisar sangat mempesonakan. Tambahan pula, Uchisar Castle yang mempunyai viewpoint yang tertinggi di Goreme terletak hanya 100 meter sahaja dari hotel kami.



Uchisar Castle ini dahulunya ialah kubu pertahanan untuk Cappadocia.






Tidak terasa penat meniti anak-anak tangga dan mendaki sehingga ke point yang paling atas, kerana pemandangan daripada kawasan tertinggi di castle ini mampu menghilangkan segala lelah. Sesiapa pun mampu duduk berjam-jam lamanya jika tidak kerana kekangan masa.



Seluruh Goreme yang bukan kelihatan seperti planet bumi dan Mount Erciyes yang di litupi salji dari kejauhan, benar-benar memukau pandangan mata dan menenangkan jiwa.






Tips melawat Uchisar Castle – sebenarnya di kawasan sekitar hotel kami, view memang sudah sangat awesome, tetapi pemandangan dari titik yang tertinggi di Uchisar Castle merupakan viewpoint yang terbaik.



Jika mahukan momen yang terbaik, harus lawat Uchisar Castle sekitar pukul 6.30 petang (sewaktu Spring) iaitu ketika hampirnya saat-saat matahari terbenam. Oh ya, Uchisar dan Uchisar Castle juga merupakan the best viewpoint jika mahu lihat hot air ballon dari kejauhan.







Uchisar Castle di tutup pada pukul 7.20 petang. Bayaran masuk ialah 6.50 TR seorang.

Selain itu, Pigeon Valley yang terkenal betul-betul terletak membelakangi hotel kami dan hotel-hotel berdekatannya yang hamparannya jelas kelihatan. Pigeon Valley ini mengandungi pelbagai bentuk rekaan semulajadi 'flinstone' dan gua-gua buatan manusia yang dahulunya dijadikan tempat kediaman. Pigeon Valley juga mempunyai trek jalanan yang paling terkenal dan mudah bagi sesiapa yang mahu mencuba aktiviti trekking di Cappadocia. Jika mahu menjejakkan kaki ke Pigeon Valley, ia hanyalah beberapa minit berjalan kaki menuruni bukit dari hotel kami.




Selebihnya, suasana di Uchisar amat tenang dan santai. Kelebihan sekiranya memilih untuk menginap di Gerome Valley berbanding Uchisar ialah, Goreme Valley ialah pekan dan pusat pengangkutan awam. Banyak kedai-kedai dan kesemua pengangkutan ke Cavusin, Avenos, Urgup dan lain-lain pasti akan melalu Goreme. Namun, tetap tiada masalah, kerana public transport yang mealui Uchisar sentiasa available dari masa ke semasa.




1 comment:

  1. slm sis, boleh recommend x hotel/tempat utk stay di cappadocia?TQ

    ReplyDelete