Commercial Break

Thursday, October 8, 2015

Pengalaman menginap di hotel gua di Cappadocia (cave hotel)



Pertama kali kami naik Dolmus ialah semasa mahu ke Uchisar dari pekan Goreme.

Perhentian Dolmus terletak hanya berhadapan sahaja dengan stesen bas Goreme.

Dolmus ialah pengangkutan awam yang tersangat murah di Turki. Tambang tiket dari Goreme ke Uchisar hanya 2 TR seorang. Bagaimanapun, Dolmus tersebut tidak melalui pekan Uchisar dan kami kena berhenti di jalan besar dan perlu berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk ke hotel kami. Untuk yang membawa bagasi yang besar dan berat, mungkin lebih sesuai mengambil teksi untuk dihantar ke Hotel.


Di Uchisar, kami telah tempah penginapan di Uchisar Cave Pensions. Yang menariknya hotel ini, ia begitu dekat dengan Uchisar Castle yang hanya sekitar 100 meter sahaja. Bilik yang di tempah melalui Agoda.com ini ialah jenis gua atau cave. (merasalah jadi ‘caveman’ selama beberapa hari!)

Uchisar juga mempunyai bilik yang bukan bertemakan cave.


Kebanyakan hotel di Uchisar ialah gua lama yang pernah di duduki sebagai tempat tinggal dan kini telah di convert menjadi hotel oleh anak cucu penduduk asal Uchisar. Jadi, kebanyakan hotel di sini ialah milik persendirian. Menariknya, Uchisar ialah kawasan yang tertinggi di Goreme. (saya akan ceritakan tentang Uchisar di entri kemudian).

Kelebihan menginap di dalam bilik cave ialah cuaca sejuk kurang di rasai tatkala suhu mencecah tahap beku terutamanya di malam hari dan di subuh dingin. Selain itu, pengalaman merasa hidup di dalam gua adalah sesuatu yang amat unik dah istimewa.


Uchisar Cave Pension. Walaupun ianya bukan hotel gua yang paling wow di Cappadocia, namun ianya tetap ok. Biliknya kemas dan senantiasa di bersihkan setiap hari. Kelengkapan di bilik – ada almari, heater, dan tv. Tapi kalau bukak tv pun tak faham sebab semua rancangan di dalam Bahasa Turki. Sesuai untuk menidurkan diri sebab baru separuh jalan tengok dah ZzzZzz. Kettle or complimentary drinks tidak disediakan, tetapi memang rata-rata hotel di Turki memang tiada kelengkapan ini.
Reception area

Breakfast simple ala barat available setiap hari. Saya lebih suka nak merasa breakfast Turki sebenarnya.

Ownernya baik dan peramah. Pantang terserempak, pasti di pelawa kami dengan coffee percuma.




View dari anjung hotel amat mempesonakan.



Namun apa yang hendak saya ceritakan di entri kemudian ialah betapa menarik dan romantiknya lokasi yang kami pilih untuk menginap di Uchisar ini. Barangkali bukan sahaja sesuai untuk yang mahukan ketenangan dan sesuatu yang mempesonakan, malah ianya lokasi yang tepat untuk berbulan madu.








No comments:

Post a Comment