Commercial Break

Thursday, October 1, 2015

Pengalaman di Otogar (stesen bas di Turki)

Buyuk Otogar. Ataupun stesen bas terbesar di Istanbul.

Tadinya kami touch down di airport pada pukul 11.20 pagi. Selepas selesai segala urusan, kami akhirnya sampai di Otogar pada pukul 12.30 tengahari. 

Untuk ke stesen Otogar daripada Metro Ataturk Havalimani, hanya perlu melalui 10 stesen metro tanpa perlu tukar stesen.

Ini metro di Ataturk Havalimani


Dalam Metro. Mereka di sini berhemah, kalau nampak orang tua atau wanita dengan kanak-kanak atau sebagainya, pasti di beri duduk.

Di Otogar yang terdapat di Istanbul ini, banyak syarikat-syarikat berlainan menjual tiket bas untuk ke daerah-daerah berlainan di Turki.



Untuk ke Cappadocia, kami memilih Metro Turizm. 



Di kaunter bas Metro Turizm, kami telah membeli tiket bas pukul 9.15 malam ke Cappadocia yang berharga 70 lira seorang. Bas di jangka tiba di Cappadocia pada pukul 8.15 pagi (11 jam perjalanan).

Sebenarnya, banyak waktu lain untuk bas ke Cappadocia termasuklah di waktu siang hari, tetapi kami sengaja memilih bas di malam hari. Di samping dapat menjimatkan sewa hotel satu malam, kami memang sudah merancang untuk berjalan-jalan di sekitar Blue Mosque di Sultanahmet dahulu sebelum ke Cappadocia.

Kaunter Metro Turizm ini berbeza dan istimewa, bukannya kaunter kecil macam kaunter bas-bas biasa. Kaunter Metro Turizm yang dimaksudkan ialah ‘kaunter’ di dalam bangunan dua tingkat yang besar. Tingkat bawah tediri daripada kaunter-kaunter jualan tiket manakala tingkat atas ada disediakan surau dan tempat duduk untuk penumpang berehat-rehat dahulu sebelum menaiki bas. Ada wifi percuma dan di benarkan makan dan minum yang di bawa sendiri. Beg bagasi kami simpan di stesen bas sahaja. Untuk penumpang Metro Turizm, mereka simpan beg kita di dalam stor dan ada tag siap-siap. Mudah nak berjalan-jalan tidak perlu bawak beg berat-berat. Bila nak bertolak baru ambil semula bagasi.


Tingkat bawah, terdapat deretan kaunter menjual tiket oleh Metro Turizm

Tingkat atas. Besar dan selesa. Boleh rehat-rehat.

Selepas solat, sementara menunggu waktu perjalanan pukul 9.15 malam ke Cappadocia nanti, kami meneruskan haluan ke Sultanahmet dengan menaiki Metro daripada stesen Otogar ke Aksaray. Turun di Aksaray kami tukar ke line biru yang menghala ke Kabatas untuk turun di stesen YusufPasa. Di stesen Yusufpasa ini lah terletaknya Blue Mosque (Masjid Biru).



Semasa di stesen Aksaray kami telah beli siap-siap satu Istanbulkart yang berharga TL 7 sahaja. Istanbulkart ini boleh di beli di airport atau di kedai-kedai runcit yang bertulis Akbil. Ianya seperti kad pintar, boleh reload dan guna. Kos sekali naik metro/tram ialah TL3 tanpa mengira jarak.

Kedai yang ada nama 'Akbil' di hadapannya
In mesin Istanbulkart yang terdapat di airport. Boleh beli di sini juga.
Satu Istanbulkart boleh di kongsi oleh ramai orang. Contohnya, suami dan saya berkongsi guna satu Istanbulkart sahaja. Selepas suami saya masuk dan scan,dia akan pass Istanbulkart kepada saya untuk digunakan pula.

Sebaik sahaja turun di stesen Yusofpasa, di sebelah kanan ialah kawasan Bue Mosque dan si sebelah kiri terdapat deretan kedai-kedai dan hotel. Dari stesen Yusufpasa ini, kami hanya berjalan kaki sahaja melalui taman-taman yang terdapat di kawasan Blue Mosque. 

Boleh di katakan ini adalah pre-Istanbul sebelum kami jelajahi Istanbul dengan sebenar-benarnya.



No comments:

Post a Comment