Commercial Break

Thursday, January 22, 2015

Cara pengiraan bonus tabung haji 2014

Alhamdulillah, bonus Tabung Haji 2014 baru sahaja di umumkan.

Berikut ialah cara pengiraan bonus tabung haji 2014:

1) BONUS TAHUNAN TH  6.25%  
    Kiraan: Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2014)/12 bulan ) x 6.25%

2) BONUS HAJI (2.0% - Terhad kepada akaun pendeposit yang belum menunaikan haji dan       terhad kepada bayaran haji RM9,980)
    Kiraan: Baki purata minima bulanan < RM9,980 (Jan-Dis 2014)/12 bulan x 2%

Pendeposit yang telah mengerjakan haji : Bonus 6.25%
Pendeposit yang belum mengerjakan haji: Bonus 6.25% + 2.0%

Para pendeposit boleh mula menyemak pengkeditan bonus di akaun masing-masing melalui kaunter TH atau ATM bank-bank rakan strategik (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic) mulai Isnin, 26 Januari 2015.

Untuk maklumat lanjut, hubungi TH di talian 03-62071919.

Sumber: TH



No comments:

Post a Comment