Commercial Break

Sunday, May 18, 2014

Hukum pemakaian penutup mulut dan hidung bagi jemaah haji/umrah semasa penularan wabak

Untuk mereka yang bakal menunaikan Umrah/Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan para jemaah agar memakai penutup mulut dan hidung bagi mengurangkan risiko di jangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah ( MERS-CoV ).

Kenyataan ini telah menimbulkan pertanyaan daripada ramai bakal jemaah kerana telah di beritahu di dalam kursus umrah/haji bahawa tidak boleh memakai penutup muka atau pun sebarang bahagian di muka dan akan dikenakan dam sekiranya melanggar pantang larang.

Namun begitu, sila rujuk Majis Fatwa Kebangsaan (2009) yang membenarkan pemakaian penutup mulut dan hidung/mask semasa 'darurat' seperti semasa penularan wabak. Sila klik link berikut untuk maklumat lanjut:


No comments:

Post a Comment