Commercial Break

Thursday, January 31, 2013

Kursus Asas Haji Tahun 2013

Para bakal haji dan hajjah sudah boleh mendapatkan maklumat tentang kursus asas haji tahun 2013 yang akan di adakan di seluruh Malaysia di website http://www.tabunghaji.gov.my di sini. Ia memaparkan maklumat lengkap mengenai kursus asas haji seluruh negara. 

Maklumat tersebut boleh juga di dapati dengan  menghubungi THCC ditalian 03 - 6207 1919. Pada amnya Kursus Haji Bersiri bermula pada bulan Rabiulawal tahun semasa. Kalau boleh jangan ketinggalan untuk menyertai kursus ini kerana ia sangat berguna untuk menambah/membaiki ilmu mengenai haji.

Kepada yang ingin mendalami ilmu mengenai haji, perasaan dan segala pengalaman semasa melakukannya, saya ada berkongsi mengenai pengalaman sendiri mengerjakan haji. Ia travelog hari demi hari. Ia bermula dari hari yang di ceritakan di link ini  http://www.ijaie.blogspot.com/2011/10/before-our-journey-to-hajj.html dan seterusnya di ikuti dengan hari-hari yang berikutnya, satu demi satu. Semoga pengalaman ini dapat di jadikan panduan oleh ramai para haji/hajjah di luar sana. InsyaAllah.


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya terpaksa ke Petaling Jaya Ahad ini. Maklumat tuan ini membolehkan saya terus menghadiri kursus asas haji walaupun di negeri berbeza. Terima Kasih bayak2.

    ReplyDelete